Thursday, June 10, 2010

Light me up

To whom it may concern;
Kepada sesiapa ia mungkin penting...? (bad translation I know).

Selamat Pagi Pembaca-pembaca blog ini. Sudah lama saya tidak menaip dalam bahasa melayu, sila maafkan saya jika nahu/tatabahasa saya tidak betul (OMFG!!! I JUST FOUND OUT "nahu" is actually grammar in malay, thank U, mama!). Sebenarnya tujuan blog entri (I dunno what is entry in BM, so I spell in BM like spelling) pada pagi ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya terhadap pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan lampu jalan di Jalan Sepanggar untuk senantiasa marak ketika malam.

Begini ceritanya, sebagai pembayar cukai jalan dan pemandu kereta saya amat khuatir apabila memandu ketika malam di kawasan Sepanggar terutama kawasan berdekatan dengan perumahan Jaya Diri dan Bukit Setia ini kerana ketika malam lampu jalan tidak marak serta ramai pejalan kaki melintas. Ini adalah satu masalah besar kerana ia boleh menyebabkan kematian pejalan kaki yang melintas. Terdapat beberapa kes sudah terjadi di kawasan berkenaan dimana pemandu terlanggar pejalan kaki yang melintas. Walaupun pengunaan lampu kereta membantu namun kawasan berkenaan amat gelap dan pejalan kaki kadangkala melintas secara mengejut tanpa disedari dari jauh.

Ironinya kawasan Sepanggar berdekatan dengan penjana kuasa SESB dan sepatutnya tiada masalah elektrik. Mungkin juga kerja pembaikan lampu jalan bukan dalam bidang kerja SESB namun masalah kecil seperti ini sepatutnya tidak berlanjutan selama berbulan-bulan. Jadi, sebagai seorang pengguna jalan raya, saya merayu agar masalah ini diselesaikan.        

So basically this has been an ongoing problem and it affects a lot of people. The places that I mention is near to housings area where public buses usually drop off the passengers at the side of the road which passengers will have to cross the 4 lane road to their housing area. There are already a few cases relating to this problem and I don't want to hit any pedestrians any day now. A small problem such as these can be easily fix within at least few days. Think about it how long does it take to change a light bulb or fixed some electrical problem. 

Sekian terima kasih.



Sincerely 

just a concern citizen

1 comment:

Nancy said...

"kepada sesiapa yang berkenaan" bebeh. hahaha.

AddThis