Monday, January 18, 2010

Hari ini hari isnin

Ya, aku memang jarang-jarang menaip dalam bahasa melayu. Tapi kali ini aku teringin sekali menaip suara hatiku dalam bahasa melayu. Oleh itu pada "post" (aku tak tahu apa "post" dalam bahasa melayu) aku akan menaip dalam bahasa melayu. Jika aku fasih berbahasa ibunda ku akan ku taipkan sekali namun malangnya... Sudahlah mari aku taipkan suara hati ku sekarang sebelum aku membebel lebih lanjut lagi.

Sekarang aku di "foyer" (sekali lagi perkataan ini aku tak tahu terjemahkan) sedang menunggu kelas untuk bermula. Hari ini aku mengambil keputusan untuk "diet" (is there a translation for diet?) kerana berat badan ku makin meningkat ke paras bahaya yang membuatku bimbang akan lemak yang bertambah di bahagian perut dan paha. Aku amat sakit hati (Aku tak tahu apa "tension" dalam bahasa melayu yang betul) kerana nafsu makan ku amat besar sehinggakan ia boleh membuatkan ku termimpi-mimpi akan "McDonald Value Lunch".

Ini satu kekecewaan kerana aku makin cemburu kepada badan adiku yang sentiasa kurus dan sihat. Walaupun aku sudah mula bersenam kembali namun hari hujan ini membuatkan aktiviti senamku terganggu membuat kan aku terpaksa bermalas-malasan dan makan lebih banyak lagi. Pabila aku menoleh ke luar tingkap di foyer ini, awan hitam sedang "invading" (sekali lagi maaf) langit yang pada tadi paginya biru. Aku sedih dan bosan akan hujan namun ia adalah satu kenikmatan untuk tidur ketika malam jikalau ia hujan.

sudahlah... aku kena masuk kelas sudah. terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

huhuuh...anyway it is weird for you to post something in malay...i found that it is funny reading your post..
huhuh...move your butt!!!minus that holiday fats.lOl.

Rungitom said...

sama-sama... ?

tension = tekanan?
invading = menakluki/takluk?

Jangan tekanan di musim2 hujan ini kerana badan akan terasa panas seperti sedang bermandi sinaran matahari di tengahari. :P

rubbi said...

weird to read in malay language . . .and little bit stuggling to understain the meaning . ..but keep writing and i will keep reading

SuicideCandy said...

thanx rubbi n anonymous for reading me blog. LOL n thanx tom for the translation n aku tidak mahu stress lagi nanti akan panas badan.

AddThis